Tuesday, August 31, 2010

Rahsiah Solat

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

MANDI WAJIB

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sunday, August 22, 2010

KONVOKESYEN KE-6 UTeM..

salam...


1 Julai 2007 adalah ari pertama aku menjejakkan kaki di universiti...tarikh nie gak adelah tarikh aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar bidang kejuruteraan..universiti yang terima aku sebagai pelajar semestinye satu2nye universiti kat negeri aku yang dr dulunye aku idam2kan - UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)...dulunye U nie hanya dikenali sebagai KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA (KUTKM)..

aku ambil jurusan elektronik (komputer) kat FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK & KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK).. fakulti nie satu2nye fakulti yang mempunyai 2 fakulti di dalamnye...hehhehe...kat cnie aku belajar selama 3tahun..

susah payah aku selama 3tahun nie...awal2 aku dh jatuh tersembam..tp alhamdulillah aku bangkit semula dr kegagalan yg dh berlaku...syukur kepada ALLAH SWT kerana telah memakbulkan doa aku selama ini..terima kasih kat kawan2 ku semua...terutama mak yg selalu jd pendengar setia aku...mak saja yang kekal sebagai sahabat semasa aku ssh..tanpa doa restu mak aku takkan bangkit mengubah diri aku...


akhirnye...8 Ogos 2010 tarikh bersejarah buat semua kawan2 termasuk aku sendiri...kejayaan aku menamatkan perjuangan ini semua buat mak & ayah...tak de yang lebih mengembirakan aku selain melihat kegembiraan yang terpancar diwajah mak terutamanye...segulung IJAZAH nie khas buat mak..tanpa mak tak kan aku berada di MAJLIS KONVOKESYEN KE-6 UTeM ini...




TERIMA KASIH MAK...TERIMA KASIH AYAH...

Saturday, August 21, 2010

kisah 15 january....

salam...

sebelum aku mencoretkan isi hati...SELAMAT BERPUASA kepada semua...

pagi nie lepas sahur aku terus tak tdo lg...dh seminggu aku tak on9..mls..dh tak de pe yg nk aku tengokkan....on9 pun sbb tgk peluang keje skrng....

ape yg aku nk coretkan adelah kisah lama yg msh segar dlm ingatan aku...walaupun dh setahun lebih berlalu....KISAH 15 JANUARY.....semua nie berlaku tibe2 je....sebelum nie aku ade gak cerita sal nie...tp kali nie aku nk cerita keanehan nye...sbb ape aneh aku ckp??? ye la...setelah perpisahan yg dicipta sendiri tercipta akhirnye kawan semula tnpa aku tahu ape motifnye...mmg aneh...aku still simpan ape yg penah dicoretkan pade tarikh nie...cume aku tak nk ungkit...yela nnt aku dikatakan bersikap EMOTIONAL plak lg...skrng nie pun dh ade yg kate aku cm tu lg...

hmmmm....tah la...bile ssh cr la aku...bile senang pegi cm tu jek...aku bukan nk ungkit tp cube la ikhlas bile berkawan...benci tul aku org cm tu...terus terang aku mmg benci org2 cm tu...sume tu pengajaran bg aku...kali nie kedua aku terkene...tak pe...smoga apa yg dilakukan akan menerima balasan....

sebut pasal ikhlas berkawan nie....kisah 15 January nie gak ade kate aku nie tak ikhlas berkawan...aku ke yg tak ikhlas???? ke die??? kalo ikut mara aku nie mmg smpai skrg aku tak nk berurusan lg...tp kenangkan kwn...dan aku pnh jnji aku takkan buang kawan walaupun ape yg terjadi...

aku pegang kata die:"u're not in my frenz list anymore.."...smpai mati aku ingat....

p/s:KENAPA??