Friday, December 11, 2009

FIKIR-FIKIRKAN...

Kenapa agaknya manusia sukar memaafkan kesilapan org lain?
Walhal mereka sedar yg mereka sendiri punya banyak kelemahan.. Mungkin kerana ego? Semua org punya ego, tetapi jgnlah ego itu lebih besar dari hati!!!

Kalau diberi pilihan, semua org sebenarnya ingin melakukan yg terbaik dlm setiap situasi, dlm setiap tindakan, tetapi kalau tiada org yg silap dlm dunia ini, maka tidak wujudlah perkataan 'maaf' di dlm kamus Dewan Bahasa & Pustaka..

Jadi, apa yg kita boleh belajar dari kesilapan & perkataan maaf itu sendiri?? Kesilapan, bak kata seorg guru, sebenarnya menunjukkan kita jalan menuju kebenaran.. Kegagalan pula menunjukkan keinginan kita utk mencapai sesuatu belum cukup kuat.. Jadi kenapa perlu rasa marah pada kesilapan ?


Sepatutnya kita ambil iktibar disebalik kelemahan2 ini.. Begitu juga apabila ada yg membuat silap terhadap diri kita.. Anggap saja mereka dlm proses belajar tentang hidup.. Bukankah manusia sentiasa belajar setiap hari?? Dlm proses belajar mesti ada yg membuat silap.. maafkan saja mereka yg tidak berdosa itu..


Mungkin ada yg kata, bercakap lebih mudah dari bertindak, tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. Kenalah bertatih menahan marah seterusnya maafkan saja apa yg berlaku.. Awalnya memang sukar tetapi bila sudah sebati, hidup akan terasa tenang sekali bila dapat maafkan orang lain..


Kita akan bahagia jika kita dimaafkan akan tetapi alangkah akan lebih bahagia jika kita memaafkan, itulah salah satu ciri pemilik hati yg suci.. Semakin kita memaafkan, semakin kita berhati lapang, semakin kita memahami org lain akan semakin aman & tenteramlah hidup kita ini..


Oleh itu, bersyukurlah kita kerana sekalipun kita ada hati dan perasaan untuk marah, tetapi kita masih lagi ada hati dan perasaan untuk memaafkan orang lain...


No comments: