Friday, December 11, 2009

FIKIR-FIKIRKAN...

Kenapa agaknya manusia sukar memaafkan kesilapan org lain?
Walhal mereka sedar yg mereka sendiri punya banyak kelemahan.. Mungkin kerana ego? Semua org punya ego, tetapi jgnlah ego itu lebih besar dari hati!!!

Kalau diberi pilihan, semua org sebenarnya ingin melakukan yg terbaik dlm setiap situasi, dlm setiap tindakan, tetapi kalau tiada org yg silap dlm dunia ini, maka tidak wujudlah perkataan 'maaf' di dlm kamus Dewan Bahasa & Pustaka..

Jadi, apa yg kita boleh belajar dari kesilapan & perkataan maaf itu sendiri?? Kesilapan, bak kata seorg guru, sebenarnya menunjukkan kita jalan menuju kebenaran.. Kegagalan pula menunjukkan keinginan kita utk mencapai sesuatu belum cukup kuat.. Jadi kenapa perlu rasa marah pada kesilapan ?


Sepatutnya kita ambil iktibar disebalik kelemahan2 ini.. Begitu juga apabila ada yg membuat silap terhadap diri kita.. Anggap saja mereka dlm proses belajar tentang hidup.. Bukankah manusia sentiasa belajar setiap hari?? Dlm proses belajar mesti ada yg membuat silap.. maafkan saja mereka yg tidak berdosa itu..


Mungkin ada yg kata, bercakap lebih mudah dari bertindak, tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. Kenalah bertatih menahan marah seterusnya maafkan saja apa yg berlaku.. Awalnya memang sukar tetapi bila sudah sebati, hidup akan terasa tenang sekali bila dapat maafkan orang lain..


Kita akan bahagia jika kita dimaafkan akan tetapi alangkah akan lebih bahagia jika kita memaafkan, itulah salah satu ciri pemilik hati yg suci.. Semakin kita memaafkan, semakin kita berhati lapang, semakin kita memahami org lain akan semakin aman & tenteramlah hidup kita ini..


Oleh itu, bersyukurlah kita kerana sekalipun kita ada hati dan perasaan untuk marah, tetapi kita masih lagi ada hati dan perasaan untuk memaafkan orang lain...


zaman sekolah rendah....

sekolah kebangsaan jasin, melaka

darjah 1

darjah 3

darjah 6

P/s: maaf la pic2 yg lain dh hilang...

BABAI MAK...

P/s: Suatu ceta yg menyayat hati

Suatu petang di sebuah 'supermarket'.... Seorg lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang dapur apabila dia terperasan seorg perempuan tua yg tengah memandangnya dgn mata yg tak berkelip2.. Lelaki muda itu pun terasa pelik.. dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun
buat dek jer,sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin
sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke
kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan
jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri
di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu.
"Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan
pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa,
cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang
meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua
itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.
Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak
cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata
perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak
anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betul rindu makcik
jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam
tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier
memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan
tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda
itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan
melaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu
hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun
bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah
semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut
lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat
ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak
sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak
kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

Salam...

huh...lame dh aku tak update blog aku nie...
bukan ape..aku tak de mood nak update...
sbnrnye bnyak cter yg nk di coretkan tp sifat mls lbh menguasai diri...

pade sesiape yg pnh, sll @ kdg2 buka blog nie, ari nie aku bg info ckit kat korang sume k...
tp info nie tak la seberapa sgt isinye...

Sunday, October 25, 2009