Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam
tak s ena ng duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni..
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bon gkaknye
si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!!
He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua & berpengalaman
Sunday, September 5, 2010
TOK IMAM DAN CIK CIKO....
Tuesday, August 31, 2010
Rahsiah Solat
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.
MANDI WAJIB
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Sunday, August 22, 2010
KONVOKESYEN KE-6 UTeM..

1 Julai 2007 adalah ari pertama aku menjejakkan kaki di universiti...tarikh nie gak adelah tarikh aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar bidang kejuruteraan..universiti yang terima aku sebagai pelajar semestinye satu2nye universiti kat negeri aku yang dr dulunye aku idam2kan - UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)...dulunye U nie hanya dikenali sebagai KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA (KUTKM)..
aku ambil jurusan elektronik (komputer) kat FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK & KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK).. fakulti nie satu2nye fakulti yang mempunyai 2 fakulti di dalamnye...hehhehe...kat cnie aku belajar selama 3tahun..
susah payah aku selama 3tahun nie...awal2 aku dh jatuh tersembam..tp alhamdulillah aku bangkit semula dr kegagalan yg dh berlaku...syukur kepada ALLAH SWT kerana telah memakbulkan doa aku selama ini..terima kasih kat kawan2 ku semua...terutama mak yg selalu jd pendengar setia aku...mak saja yang kekal sebagai sahabat semasa aku ssh..tanpa doa restu mak aku takkan bangkit mengubah diri aku...
akhirnye...8 Ogos 2010 tarikh bersejarah buat semua kawan2 termasuk aku sendiri...kejayaan aku menamatkan perjuangan ini semua buat mak & ayah...tak de yang lebih mengembirakan aku selain melihat kegembiraan yang terpancar diwajah mak terutamanye...segulung IJAZAH nie khas buat mak..tanpa mak tak kan aku berada di MAJLIS KONVOKESYEN KE-6 UTeM ini...


TERIMA KASIH MAK...TERIMA KASIH AYAH...
Saturday, August 21, 2010
kisah 15 january....
sebelum aku mencoretkan isi hati...SELAMAT BERPUASA kepada semua...
pagi nie lepas sahur aku terus tak tdo lg...dh seminggu aku tak on9..mls..dh tak de pe yg nk aku tengokkan....on9 pun sbb tgk peluang keje skrng....
ape yg aku nk coretkan adelah kisah lama yg msh segar dlm ingatan aku...walaupun dh setahun lebih berlalu....KISAH 15 JANUARY.....semua nie berlaku tibe2 je....sebelum nie aku ade gak cerita sal nie...tp kali nie aku nk cerita keanehan nye...sbb ape aneh aku ckp??? ye la...setelah perpisahan yg dicipta sendiri tercipta akhirnye kawan semula tnpa aku tahu ape motifnye...mmg aneh...aku still simpan ape yg penah dicoretkan pade tarikh nie...cume aku tak nk ungkit...yela nnt aku dikatakan bersikap EMOTIONAL plak lg...skrng nie pun dh ade yg kate aku cm tu lg...
hmmmm....tah la...bile ssh cr la aku...bile senang pegi cm tu jek...aku bukan nk ungkit tp cube la ikhlas bile berkawan...benci tul aku org cm tu...terus terang aku mmg benci org2 cm tu...sume tu pengajaran bg aku...kali nie kedua aku terkene...tak pe...smoga apa yg dilakukan akan menerima balasan....
sebut pasal ikhlas berkawan nie....kisah 15 January nie gak ade kate aku nie tak ikhlas berkawan...aku ke yg tak ikhlas???? ke die??? kalo ikut mara aku nie mmg smpai skrg aku tak nk berurusan lg...tp kenangkan kwn...dan aku pnh jnji aku takkan buang kawan walaupun ape yg terjadi...
aku pegang kata die:"u're not in my frenz list anymore.."...smpai mati aku ingat....
p/s:KENAPA??
Saturday, July 24, 2010
hmmmm.....
KENAPA ORG YG JUJUR, IKHLAS AKAN PERGI TINGGALKAN KTE???
KENAPA SEMUA ORG YG BEGINI DI UJI DENGAN DUGAAN YG LBH HEBAT???
Friday, July 23, 2010
Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta
PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.
Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta.
Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."
Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?"
"Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.
Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat.
"Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat.
"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.
Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.
Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan.
"Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.
Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.
Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.
Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
"Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."
Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.
Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.
Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.
Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.
Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."
Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."
Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.
Wednesday, July 21, 2010
CINTA....
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang ku sayangi
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti
selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu
Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi
ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga
Saturday, July 17, 2010
KERISAUAN..
huh...ari nie dh hampir 3 minggu aku duk uma jd penganggur...risaunye hati nie bile seorng demi seorang rakan2 kuar bekerja...ape yang perlu aku buat sekarang nie...aku ke yang malas???atau rezeki aku yang belum tiba...kenapa aku masih tak ade kerja....kenapa??kenapa??
perlu ke aku menyambung pelajaran??tp aku dh tak nak belajao kalo blh...aku nk keje...kenapa ssh sgt nak keje sekarang....adekah aku sj yang begini???aku tersangat la risau bile memikirkan semua nie...mane taknye...semua tnya dan menghareap aku kerja tp mereka tau tak aku sebenarnye dh usaha cr kerja...tp apekan daya aku tak daya nak paksa majikan tuk ambik aku bekerja...
selama nie aku tgk je org3 yang tak bekerja...aku tgk mereka relax je tak keje...berbulan2, bertahun2 tak bekerja...relax jek...tp aku...kenapa aku menggelabah sangat nie...tp mmg patut aku menggelabah...
AAAAAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrgggggg!!!!!!!!!!!!!!! tension nye aku....sampai bile aku nk duk umaaaaaaaaaa.......
Sunday, July 11, 2010
DIA....
tah kenapa sejak kebelakangan nie hati aku teringat kan die semula...setelah lm aku tak ber sms bersama die..sejak2 kebelakangan nie juga die seolah2 kembali bersama aku semula setelah beberapa ketika die tinggalkan aku seorng...selepas kejadian yang menghancurkan segala kegembiraan aku, die kembali lagi...walaupun kegembiraan yang die bina dan kegembiraan yang die juga hancurkan, aku tetap masih sayangkan die..kini die kembali...apekah daya aku...
hati aku seolah2 teringat kembali kisah lalu...tp aku cube untuk melupakan segala itu...aku cube memujuk hati aku tuk melupakan die...tp ape daya...aku tak mampu...aku msh sayang die...tp..tah la..Ya allah bantu la aku ya Allah..aku tak mampu melupakan dirinye...
teringat pada ungkapan...'sebanyak mana sayang kamu pada diri ku?'....
jawapan dari ungkapan itu...'sayangku pada diri mu adelah sebanyak pasir2 di pantai'...
ungkapan hanya tinggal ungkapan...semoga kau terus bahagia bersama die di sana..
Saturday, July 10, 2010
GAMBAR2 OUTING NGN MEMBER2...
TAMAT 2 BuLAN..
dh 2 minggu aku tamatkan pengjian yang terpaksa dilaksanakan selama 2 bulan..jangan salah paham..bukan aku je tp ade lg member2 2 course yg lain (BENC & BENE)..bdk2 uma aku yg join course nie cm chai, oggy n sarah termasuk aku...tak ketinggalan gak kawan baik aku alia sakir....kami duk 1 uma kat hostel...walau pun pd awalnye terpaksa...tp sume nie ade hikmah..kami dpt mengeratkan lg silaturahim antara kami...
29hb june adelah hari terakhir kami bersama...ari nie sume akan berpisah...tak kira la gn member kelas or bdk uma...2 bulan lps pepisahan tak dirasai seperti slps 2 bulan berlalu...mmg kali nie lebih menyentuh hati...tak sangka semua itu akan berlaku...sehingga ade yg menitiskan air mata...termasuk aku....
kpd:
sarah rashid: aku minta maaf bnyak2 sarah kat ko dr ujung rambut hingga hujung kaki...aku bnyak kasar bahasa dgn ko...tp tuk pengetahuan ko aku tak pnh benci ko...cume cara kte berbeza....
oggy rahman:slmat menjalankan tanggungjwb di melaka ye...tu la benci2 lg melaka kan dh kene duk lg kat melaka...hehheh..oggy...ija minta maaf ye kalo slma kte sebilik, ija bnyak wat oggy kecil hati n sll tinggalkan oggy sorg2 ye...lg2 slm 2 bulan nie...thanks bnyak bg ija pinjam & gune broadband ogy...
chai shairah:slmat berjaya gak k...thanks bnyk blnja mkn...walaupun burger sy anda tak blnja lg...hahahahah....halalkan mkn minum ija ye chai....jgn lupe jg kesihatan...maaf andai ade yg terkasar...thanks sudi jd tukang msk selama kat uma sewa...
ali sakir:lia..maaf ye andai slm kte sebilik,sekelas, & serumah aku ade kecilkan ati ko...paksa2 ko mkn...kaco2 ko tdo...ko taukan dl aku ssh nk tdo...heheheh...ape pun thanks sbb jd teman yg sejati dgr mslh aku dr tahun 2 hingga sekarang...ko mmg pembakar semangat aku lia...thanks gak sbb beri guna broadband ko ye...
kpd:
aliaa & illa:korang dh lm tak jump...nnt convo kte jump k...ape pun yg berlaku korang berdua tetap kwn ija...
illa:thanks blaja sesama aku slm 3 taun nie...borak dgn aku..blnja aku...lepak ngn aku...bg gune broadband...dan yg penting ko rakan niaga aku...
aliaa:thanks kdg2 beri pinjam broadband...
Tuesday, June 8, 2010
KECEWA....
minggu nie lega cikit sbb baru habis test 1...ade la yg mmg tak leh jawab...walaupun tak dapat jawab..ianye tak begitu mengecewakan hati aku...sbb mmg aku tak pandai bab2 analysis litar nie....tp ade pekara lain yg mengecewakan hati aku....tp mungkin aku terlalu ikutkan emosi aku...
sabtu aku kuar ngn member2 sek cm bese la tgk wayang...of course hepy walaupun pada mata kasar aku,aku dpt melihat ada hati yg tak hepy seakan bosan kluar bersama...thanks kat 2 member yg blnja...nnt bile aku dh keje aku akan balas ape yg korang bgtu...
patutnye semlm ptg aku kuar gak...tp tu yg wat aku kecewa...kecewa kerana jnji tidak tertunai...hmmmm....salah aku mungkin...tah knp aku berperasaan cm tu...aku mmg tak suke jnji tak ditunaikan....aku tak kisah kalo tau sbb nye awal...tp dh sehari aku tgu smp ms tak dpt pape kabo....tu wat aku kecewa sgt2...tak tau knp dgn die aku rs cm tu...tu la kelemahan aku kalo aku dh syg kwn2 aku....sjrh membuatkan aku lebih berhati2....
p/s:bintang yg berkelip sj yg memahami perasaan aku smlm...
Friday, May 28, 2010
LAMA TERPISAH...
tak sangka slps 12 tahun berpisah semuanye kembali semula...tu la yang dinamakan ketentuan Illahi...
ape yang aku maksudkan adelah kawan2 aku sekolah rendah dulu...sekarang seorang demi seorang dpt dikesan...walaupun belum ada ms sesuai nk berjumpa....minggu ni aku tak sangka akan dapat panggilan telepon dr seorang kawan yg mmg dh lame terpisah selepas masing2 bawa haluan masing2..aku cukup terharu bile dpt call dr die..mane taknye...semua cerita dibangku sekolah rendah masih segar dlm ingatan die..
bukan aku tak ingat kawan2 aku semua...tp ms sekolah menengah ade sesuatu yg buat aku pendamkan kerinduan aku pade kawan2 sekolah rendah aku...demi jg sekeping hati...
ape pun harap semua ini akan kekal tuk selamanye...
Tuesday, May 18, 2010
TERINGAT...
ari nie pagi petang aku ade kelas...ari nie aku balik uma lg sbb esok ade hal..esok pun aku ade kelas pagi petang...bile la nk habis nie...nk keje n nk kumpul duit tuk capai impian aku...
tadi ms aku tgh drive..tetiba aku teringat kat seutas jam tangan aku yang bewarna putih...aku sayang gler kat jam tu...tp jam tu dh tak de dgn aku...walaupun tak semahal jam2 org lain...aku tetap syang jam tu....aku mmg bnyak beli jam...tp tu la jam yg paling aku sayang...aku suke sbb wane putih....tp...jam tu dh tiada lagi....biar aku sj yg tau kemana hilangnya jam itu....semoga rohnya dicucuri rahmat....
cm nie la jam tu tp jam tu bewarna putih...aku akan cari ko semula....
Sunday, May 9, 2010
HARI IBU...
ape pun slmat hari ibu pade PN HJH ZAHIRAH BT HJ OTHMAN...mak la satu2nye ibu yang aku ade dlm dunia nie...walaupun 1 hari nnt aku akan ade ibu mertua...mak adelah satu2nye dalam hati aku...sampai akhir hayat aku...takkan ade gantinye...

skrang mak kurang chat...sejak aku mula exam ari tu mak tak chat...tapi mak tak penah tunjuk die tak chat...walau cm ne pun die tetap masak tuk kami sekeluarga...aku ingat pas habis exam aku leh jg mak...tp esok aku dh nk kene balik hostel n sambung lg 2 bulan stdy...mule aku nk ulang alik uma je...tp pas aku pikir...duit minyak aku tu leh wat ubat mak...walaupun sakit mak tak serius sgt aku tetap tak nak mak ssh kerana aku...biarla aku berkorban demi mak...
kalo lah boleh buat plihan..aku snggup terima penyakit mak tu dr biar mak tanggung sakit...nk tggu doktor kenapa la lambat sgt...kalo la aku ade duit mmg aku akan hntar mak ke hospital swasta...tp aku tak leh wat ape kalo mak sendiri tak nak...mak pnah kate penyakit tu hnya penyebab untuk Allah swt ambik nyawa kte...ye mmg betul kate mak...tp aku tak nak kehilangan mak sebelum aku menutup rapat mata aku...aku tak snggup kehilangan orng yg paling aku sayang...
ÝA ALLAH YA TUHAN KU..KAU SELAMATKAN LAH MAK AKU DARI SEGALA PENYAKIT YANG ENGKAU BERIKAN...KAU SIHATKAN LA MAK SEPERTI SEDIA KALA...AKU TAK SANGGUP MELIHAT MAK MENAHAN SAKIT....KAU BERILAH PENYAKIT MAK ITU KEPADA AKU YA ALLAH ANDAI PENYAKITNYE ITU TIADA UBATNYE...
Thursday, April 29, 2010
TEMAN..
Bila TANGAN sakit MATA menangis..
Bila MATA menangis TANGAN akan kesat airmata...
Smoga hubungan kite kekal selamanya...AMIN..
khas untuk teman2..
'Bersyukurlah pada orang yang MENYAKITI kamu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, dan bersyukurlah kamu pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia lah yang MEMUPUK kamu BERDIKARI'
'Bersyukurlah kamu pada orang yang MENASIHATI kamu kerana dia lah yang memberi PENGAJARAN kepada kamu'
'Dan dalam kehidupan seharian kita harus BERSYUKUR kerana kita akan ke jalan yang BENAR'.
air mata..
bile aku bs post die td..aku teringatkat izan..ingat ms poli dl...die la segala2nye pada aku..die je yg paham perangai,kelemahan,keinginan dan kemahuan aku...die la teman ssh senang aku ms tu...die gak yg jd pembakar semangat aku bljar...tp sayang kerana kesempitan hidup die tak dpt smbung *dy sm dgn aku..kalo tak mst die brd sma2 dgn aku skrg..tgk la ape dh jd kat aku skrg...pemals,bodoh,lemah dlm sume hal...kat U nie aku terpaksa berdikari...sorang2 je...wlupun nmpak aku ngn kawan2 tp sbnrnye aku keseorngan...mereka tak sm cm izan...izan alangkah indah & bagusnye jika ko berada bersama aku..izan hnya tinggal kenangan dlm hidup aku...die dh tak sm cm dl..die dh ade komitmen lain...pd anak2 & suami...tp die tetap teman aku hingga akhir hayat aku...


EAC & UTeM..
28 april 2010 secara tibe2 aku dikejutkan dgn kabo berita yg tak sedap nk didgr...aku dapat tau 2 course FKEKK tak dapat pengikhtirafan dr EAC...BENE & BENC..pelajar dua course nie dikehendaki menghadiri kelas seperti biasa mulai 10 mei hingga satu tarikh..dalam masa nie kami terpaksa harung 3 subjek yg mmg ssh tahap gaban la..3 jam kredit setiap satu..
kenapa fakulti lambat beritahu???tak tahu ke dihujung2 nie duit sume dh habis wat PSM ri tu..ade pun dh buat bayar jilid thesis PSM..skrang hnya tinggal 20inggit je...nk mkn ape nnt...tak pikir ke...kerana duit gak la aku tak g dinner BENC..ayah bagi cukup2 je...aku langsung tak leh nk blnja sgt...skrg kene g kelas lg selama 2 bulan...FKEKK snggup tanggung ke pelajar 2 course nie???? kenapa ri tu ms EAC dtg kate boleh leps tp ari nie kate tak lepas plak....kenapa bg alasan LI mase lm sgt...lab bnyak sgt...kenapa BENE & BENC je...kenapa???????????????yg lain2 g LI kejap je ke??yg lain buat lab ckit je ke???aku tak paham la....kalo aku tau sume nie akan jd...aku takkan mhn UTeM...ms bg taklimat sume indah...nie ar die..INDAH KABAR DARI RUPA...
mule aku nk ulang-alik je g kelas dr umah ke kampus...tp aku pikir mak & ayah ssh nnt...aku wat kptsan duk hostel kalo dpt..harap2 dpt hostel...



